Perak menjangkakan lebih banyak Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) akan ditutup susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, setakat ini 42 tadika di negeri itu ditutup ekoran penularan jangkitan berkenan.
